Rabu, 13 Agustus 2014
Browse Manual »
Wiring »
ada
»
belum
»
di
»
hadi
»
ketetapan
»
pekan
»
pr
»
saifuddin
»
tanding
»
Saifuddin PR belum ada ketetapan Hadi tanding di Pekan
Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Saifuddin PR belum ada ketetapan Hadi tanding di Pekan
sinarharian
3 November 2012
3 November 2012
Datuk Saifuddin Nasution Ismail
SHAH ALAM - PKR, salah satu komponen Pakatan Rakyat (PR) belum membuat sebarang pendirian berhubung hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bertanding di kerusi Parlimen yang disandang Perdana Menteri di Pekan, Pahang.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, setakat ini hasrat Hadi masih belum dibincangkan di peringkat pusat.
“Pengumuman harus dibuat oleh Pas untuk mengesahkan hal ini.
“Kita tidak bincang lagi di peringkat pusat jadi masih tidak ada ketetapan parti dalam hal ini,” ujar beliau.
Semalam, Hadi membuat kejutan apabila mengumumkan beliau sedia bertanding di kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Saya ikut keputusan parti, serah kepada parti. Parti akan membuat keputusan termasuk jika parti menyuruh saya bertanding di Parlimen Pekan,” katanya pada Majlis Pelancaran Dana PRU13 Dewan Muslimat Pas Negeri Terengganu semalam.
selengkapnya
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar